Sabtu, 05 September 2020

KISAH HIKMAH KEHEBATAN AL QUR’AN


۞﷽۞


╭⊰✿️•┈•┈•⊰✿เงกৢ˚❁๐Ÿ•Œ❁˚เงก✿⊱•┈•┈•✿️⊱╮

KISAH HIKMAH KEHEBATAN AL QUR’AN 

 •┈┈•⊰✿┈•เงกৢ❁˚๐ŸŒน๐ŸŒŸ๐ŸŒน˚❁เงก•┈✿⊱•┈┈•

                        ╭⊰✿ •̩̩̩͙े༊



ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ


๐ŸŒฟ Dikisahkan ada seorang hamba Allah yang membaca Al-Qur'an.

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.


๐ŸŒด Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?"

Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

Kata anak: "Mustahil ia penuh."

Jawab ayah: "Cobalah dulu."

Bakul jerami itu biasa digunakan untuk memindahkan arang. 


๐ŸŒพ Maka anak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu coba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya:

"Tidak ada faedah saya mengisinya."

Ayahnya menjawab: "Coba lagi kali kedua!"


๐Ÿƒ Maka anak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. 

Dia mencoba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.


๐Ÿ‚ Anak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: 

"Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."

Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"

Anak itu terkejut dan menjawab: 

"Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."


๐Ÿ‡ Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. 

Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya,

dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah.


☪️ Subhanallah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaahu Allahu Akbar 

☪️ Allahumma sholli 'alaa sayyidina Muhammad.


➖Semoga bermanfaat

➖Barakallaahu fiikum

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar dan saran anda akan sangat bermanfaat untuk kemajuan blog ini.