Rabu, 15 Juni 2016

KEUTAMAAN SURAT-SURAT DALAM AL-QURAN

۞﷽۞ ۞﷽۞

╭⊰✿️•┈•┈•⊰✿เงกৢ˚❁๐Ÿ•Œ❁˚เงก✿⊱•┈•┈•✿️⊱╮
๐Ÿ“– KEUTAMAAN SURAT-SURAT DALAM AL-QURAN ๐Ÿ“–
•┈┈•⊰✿┈•เงกৢ❁˚๐ŸŒน๐ŸŒŸ๐ŸŒน˚❁เงก•┈✿⊱•┈┈•
                              ╭⊰✿ •̩̩̩͙े༊


ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

===================================

.••.❀.ฦธำœฦท.❀.❀.ฦธำœฦท.❀.••.¸✿

๐Ÿ“– "SURAH AL-FATIHAH"

Amalkan ...membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengobati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah Subhanahu wata'ala. 
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari yaitu dengan mengerjakan sholat 5 waktu.

๐Ÿ“– "SURAH YAASIN"

Telah bersabda Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wassalam, 
➖ "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin yaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, niscaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya." 
๐Ÿ“™(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

 Rasulullah juga bersabda : 
➖" Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mau pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemauan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, niscaya Allah akan mengampunkan dosanya."
๐Ÿ“™ (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

๐Ÿ“– "SURAH AD-DHUHAN"

Dibaca sekali pada malam Juma'at agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

๐Ÿ“– "SURAH AL-WAQI’AH"

Menurut beberapa hadis Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wassalam, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasakan kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikaruniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas sholat Isya, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita. 

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : 
➖ “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka senantiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

๐Ÿ“– "SURAH AL-KHAUTHAR"

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah Subhanahu wata'ala akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas sholat Isya hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wassalam dalam tidurnya.

๐Ÿ“– "SURAH AL-KAAFIRUUN"

Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan 
๐Ÿ“™(Riwayat At-Tarmizi). 

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

๐Ÿ“– "SURAH AL-MULK"

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an yaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadits Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wassalam, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

๐Ÿ“– "SURAH AL-IKHLAS"

Rasulullah Shalallaahu' alaihi wassalam pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : 
➖ “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juz itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah sambil tersenyum lalu menjawab,
 “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” 

Rasulullah pernah bersabda kepada Sayidina Ali r.a., 
➖ “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : 
➖ “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, artinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratul maut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

๐Ÿ“– "SURAH AL-FALAQ"

Siti Aisyah menerangkan : 
➖ “Bahwa Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wassalam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit karena perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

๐Ÿ“– "SURAH AN-NAS"

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mau pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Wallahu a’lam Bish Showab 
Barokallahu Fiikum 

๐Ÿ”˜Semoga tulisan sederhana ini membawa banyak manfaat bagi yang membacanya. 
Mohon maaf jika ada kekurangannya... 
Dan kebenaran itu mutlak milik Allah Azza Wa Jalla.

๐Ÿ”˜Wallahu Musta'an Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu alla ila ha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika . 

. ..•*´`•..•´`'•.¸*¤* ¸.•'´´*•..•*´`*•.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar dan saran anda akan sangat bermanfaat untuk kemajuan blog ini.